Saturday, February 19, 2011

Perbandingan Antara Solekan Produksi Tempatan Dan Produksi Luar

Teater     : Muzikal Gamat
Produksi : CTRA


                              


                             

http://eforum1.cari.com.my/viewthread.php%253Faction%

Gambar di atas merupakan gambar yang diambil dari Teater Muzikal Gamat.  Apa yang dapat dilihat disini adalah watak-watak telah disolek mengikut watak masing-masing.Tapi apa yang dapat saya nyatakan disini adalah solekan yang digunakan terlalu sarat sehingga saya rasa ia tidak nampak menarik.Selain itu solekan yang digunakan juga tidak kemas.  Apabila solekan ini bergabung dengan teknik pencahayaan ia nampak tidak teserlah dan corak-corak yang dilakukan juga tidak menyerlah.  Teknik shading dan highlight yang dilakukan juga tidak nampak dengan jelas lebih-lebih lagi gambar yang pertama.  Jika ia tidak dilakukan dengan betul makan solekan tidak akan nampak menarik lebih-lebih lagi jika menggunakan pentas yang besar.   Disini saya dapat katakan bahawa jurusolek perlu lebih mengetahui warna yang bersesuain dengan lighting yang akan dikenakan semasa pementasan serta mengetahui cara-cara untuk menaikkan sesuatu watak tersebut melalui solekan yang dikenakansupaya ia jadi lebih menarik di mata penonton.


Teater     : Cats
Produksi : Walnut Street Theatre


             



                                 

Gambar di atas ini pula adalah dari teater Cats.  Disini kita dapat lihat perbezaan antara produksi tempatan dan luar melalui solekan yang telah dibuat.  Apa yang saya perhatikan adalah di dalam teater ini mereka telah minimumkan solekan yang dilakarkan di atas wajah mereka.  Jika diperhatikan dengan betul, solekan yang dihasilkan menarik walaupun ia menggunakan hanya beberapa warna sahaja berbandiang teater tempatan.  Solekannya juga nampak lebih kemas dan menarik. Jurusolek telah mengkaji watak-watak pelakon dan telah mencari jalan untuk menjadikan sesuatu watak itu menarik walaupun hanya solekan ringkas dilakukan.Selain itu shading dan highlight yang dilakukan juga nampaklebih sempurna walaupun di bawah cahaya.  Solekannya nampak lebih terang dan kemas walaupun pada jarak jauh.  Jadi solekan seperti ini bersesuaian jika dikenakan pada pentas-pentas yang luas supaya penonton dapat mengetahui memek muka yang dilakukan oleh watak masing-masing dibantu pula dengan kostum yang dipakai.

http://www.michaelgruberlibrary.com/Cats/CatsVid/images/CatsVidGruber3a.jpg&e

No comments:

Post a Comment